Kualiti Rancangan TV Islamik: Suatu Refleksi

December 15, 2017 | Author: Rozalafri Johori | Category: Television Studies
Share Embed

Deskripsi Singkat

KUALITI RANCANGAN TELEVISYEN (TV) ISLAMIK: SUATU REFLEKSI Md Rozalafri Johori1, Megat Al-Imran Yasin2, Nor Azura Adzharuddin3, Rosya Izyanie Shamshudeen4, Wawarah Saidpuddin5 1,5

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) [email protected] 2,3,4

Universiti Putra Malaysia (UPM) ABSTRAK

Polemik kualiti sesebuah rancangan televisyen (TV) terbitan tempatan sering menjadi perbincangan apabila tidak mendapat rating yang memuaskan. Namun begitu, pengukuran kualiti sesebuah rancangan TV adalah satu konsep yang abstrak yang tidak boleh ditakrifkan, kerana ia adalah pembolehubah yang dinamik. Justeru, kertas kerja ini bercadang untuk memberi suatu refleksi secara kritis tentang kualiti rancangan TV Islamik terbitan tempatan. Kesimpulannya, kualiti sesebuah rancangan TV Islamik adalah suatu penerbitan yang patuh shariah, kreatif dan popular.

Kata Kunci: Penyiaran Islam, Kualiti Rancangan TV, Patuh Syariah

PENDAHULUAN Walaupun usia penyiaran TV di Malaysia telah melebihi 40 tahun, namun penonton masih lagi dihidangkan dengan sejumlah rancangan-rancangan yang mempunyai kualiti yang rendah khususnya rancangan TV Islamik. Perkara ini pernah dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, yang dicatatkan di dalam akhbar Berita Harian 8 Disember 2010 oleh Norfatimah Ahmad, (2010) iaitu: Penguasaan umat Islam dalam media pada masa ini masih di tahap minimum dan usaha kurang kreatif menjadikan siarannya kurang menarik perhatian.

Perbincangan mengenai kualiti rancangan TV adalah satu konsep yang abstrak. Antara beberapa andaian persoalan untuk mencari penafsiran kualiti rancangan TV adalah apa dan bagaimana yang mewakili (apa) keperluan penonton dan bagaimana harapan penonton

1

dapat dipenuhi. Chris Barker (1987) mendefinisikan kualiti dalam rancangan televisyen bukanlah suatu pertanyaan yang tidak mampu dijawab, namun kualiti itu sendiri merupakan perkara yang subjektif dan perlu merujuk kepada beberapa ciri dan kaedah untuk memenuhi kualiti sesebuah rancangan TV.

Megat (2004) menjelaskan lagi bahawa kualiti rancangan TV akan berubah-ubah kerana penonton mempunyai pengaruh yang besar dalam menjadi hakim untuk menjadi penentu kualiti sesebuah rancangan. Ini adalah dengan melihat sejauhmana kemampuan rancangan tersebut menarik penonton yang ramai terutamanya kepada rancangan tempatan dalam menghadapi persekitaran yang berdaya saing industri penyiaran yang global.

Kualiti rancangan rancangan TV adalah penting dalam landskap penyiaran, namun disebabkan ia merupakan suatu konsep yang sukar ditakrifkan dan berbentuk abstrak jadi terdapat beberapa kriteria dan mekanisme yang boleh menyumbang kepada pengenalan terhadap cirri-ciri kualiti sesebuah rancangan TV. Antara kriteria penentu rancangan televisyen yang berkualiti seperti yang dijelaskan oleh Papathanassopoulos (1993) adalah penerbit rancangan tidak bekerja dalam keadaan yang tertekan seperti (i) mengejar dateline, (ii) krew-krew yang professional dan (iii) rancangan tersebut perlu mempunyai elemen pendidikan dan kesedaran dalam kalangan penonton. Selain itu, rancangan TV yang berkualiti juga bertindak dalam (iv) menghormati dan mematuhi hak dan prinsip individu seperti tidak menceroboh kehidupan peribadi seseorang. Sebagai tambahan, (v) representasi kepebagaian beberapa golongan masyarakat dalam sesebuah rancangan juga dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti dalam sesebuah rancangan. FAKTOR-FAKTOR YANG MERENDAHKAN KUALITI RANCANGAN Kualiti rancangan TV ini juga bergantung kepada beberapa faktor yang boleh mepengaruhi kepada tahap kualiti rancangan TV tersebut. Antara faktor penting adalah penilaian daripada penonton berdasarkan kepada rating tontonan sesebuah rancangan TV tersebut (Tsourvakas, 2003). Jika rating rancangan tersebut tinggi ia membuktikan bahawa rancangan tersebut mampu menarik penonton. Selain itu, kos penerbitan yang tinggi juga berupaya memberi kesan terhadap kualiti rancangan TV. Ini kerana, syarikat produksi seringkali tidak dapat menampung kos belanjawan dan secara tidak langsung bajet terpaksa dikurangkan untuk beberapa perkara dan akhirnya memberi kesan kepada kualiti rancangan.

Tempoh produksi yang singkat juga boleh memberi kesan kepada pengurangan kualiti rancangan TV terutama di peringkat pra produksi dan pasca produksi. Hal ini kerana pihak 2

penerbit memerlukan suatu tempoh yang bersesuaian dalam mencari maklumat dan kajian perlu dilakukan untuk memastikan rancangan tersebut benar-benar berkualiti. Jika tempoh yang diberikan singkat ia akan mengakibatkan kecenderungan peniruan kepada rancangan yang sedia ada semata-mata untuk menyiapkan rancangan kerana terikat dengan tekanan masa. Menurut Papathanassopoulos (1993), kebebasan penerbit dalam menghasilkan rancangan berkualiti termasuklah kebebasan masa, kebebasan komersial mahupun kebebasan penilaian dari pihak tertentu.

Dalam konteks tempatan, faktor penerbitan rancangan TV Islamik kurang kreatif seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri telah mula disentuh oleh Shahnon & Ellias pada 1991 dalam Zulkiple (1998) . Mereka menyatakan bahawa disebabkan kurang kreativiti diri, penerbit rancangan TV Islamik menerbitkan format dan kandungan rancangan yang sama kebanyakannya cenderung kepada rancangan yang berupa pengucapan awam, bual bicara dan forum sahaja. Selain itu, teaser terhadap promosi rancangan tidak mampu menarik perhatian penonton (Zulkiple, 1998) dan kandungan rancangan terlalu menumpukan kepada perbincangan yang bersifat akademik yang menjadikannya hanya sesuai ditonton kumpulan tertentu sahaja.

Selain itu, kebanyakan penerbit tidak mempunyai kefahaman Islam yang mendalam kerana mereka tidak mempunyai fikrah Islam dan asas agama yang mantap untuk menggarap kreativiti berkarya dengan fakta asas Islam. Penerbit yang tiada pegangan agama yang kukuh, peraturan-peraturan berkaitan akhlak dan prinsip-prinsip syariah dianggap penghalang utama untuk bersifat kreatif (Zulkiple, 2006). Situasi ini menjadikan penerbit rancangan TV Islamik yang sama, menerbitkan juga rancangan hiburan yang melalaikan.

Keadaan ini berlaku, antaranya juga disebabkan oleh kurangnya penglibatan golongan agama dalam proses penerbitan rancangan TV untuk dijadikan sebagai rujukan utama untuk membimbing dan mendidik penerbit dalam menghasilkan sesuatu rancangan yang menepati landasan syariah dalam berkarya (Mahmood Zuhdi Abd Majid, 1987; Zulkiple, 2006).

Faktor-faktor kekurangan ini menyebabkan timbulnya kepercayaan dalam diri penerbit dan kumpulan produksi malahan juga kepada pengurusan stesen TV bahawa penonton hanya inginkan hidangan rancangan yang ringan sahaja dengan memilih rancangan TV yang berbentuk hiburan. Namun, jika penerbit mempunyai kefahaman agama Islam yang sebenar dan kreativiti yang tinggi dengan menyerapkan unsur hiburan ke dalam rancangan Islamik dalam kerangka patuh syariah, pasti ianya dapat diterima oleh penonton (Che Mahzan Ahmad, 2008). 3

Namun dilemanya, sejauhmana kefahaman Islam dan kreativiti penerbit untuk menerbitkan rancangan hiburan dalam kerangka Islam? Hal ini kerana kreativiti penerbitan TV tidak hanya tertumpu pada bentuk genre sahaja malahan terdapat pelbagai lagi genre rancangan yang boleh diterbitkan dengan memastikan kandungan rancangan tersebut menarik, berinformasi dan paling penting patuh syariah. Jika penerbit hanya terkongkong di dalam kerangka kreativiti hiburan, maka suasana yang dilahirkan dalam arena penerbitan rancangan tempatan tidak memberi taraf yang tinggi terhadap ilmu. Jadi dengan sendirinya nilai kehidupan dalam masyarakat kini adalah nilai yang ditentukan oleh nilai komersial dan nilai yang memperkecilkan ilmu jika dibandingkan dengan hiburan (Syed Husin Ali, 1987).

KUALITI RANCANGAN TV ISLAMIK Kualiti sesebuah rancangan TV Islamik terbahagi kepada dua aspek iaitu dari segi persembahannya dan kandungan rancangan yang patuh syariah. Namun, penerbit dan pengurusan televisyen masih tidak menyedari bahawa tuntutan bagi meningkatkan kualiti penerbitan TV adalah semakin meningkat, yang mana penanda aras klasik kualiti telah beralih arah daripada penilaian kandungan dan genre kepada penerbitan yang memberi kesan dan pengalaman (Megat, 2004).

Antara kunci kejayaan sesebuah rancangan TV adalah bergantung kepada kekreatifan penerbit. Bagi rancangan Islamik, penerbit perlu kreatif dalam menarik penonton yang terdiri dari pelbagai golongan kerana penerbitan rancangan TV Islamik yang kreatif dapat mewujudkan suatu penjenamaan baru untuk membina sikap positif masyarakat kepada rancangan Islamik (Zulkiple, 1998; Zulkiple, 2006; Ahmad Kamil & Mohd Fauzi, 2011). Selain itu, kreativiti yang tinggi diperlukan sebagai cabaran kepada penerbit dalam menerbitkan rancangan yang bergenre pendidikan dan agama kerana ia memerlukan daya tarikan yang kuat kepada penonton dan mampu menghilangkan stereotaip bahawa rancangan bergenre agama ini membosankan.

Penerbit yang juga merupakan sumber maklumat bertanggungjawab untuk menerbitkan rancangan-rancangan yang menerapkan nilai dan moral yang mulia kepada penonton, terutamanya kanak-kanak dan remaja serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara (Megat, 2004). Hal ini kerana, sebagai medium visual, televisyen terbukti berkesan untuk menyampaikan mesej agama dengan menghasilkan rancangan yang lebih menarik untuk meningkatkan jumlah penonton (Zulkiple, 1998).

4

Selain itu dalam meningkatkan kualiti penerbitan rancangan Islamik, penerbit harus bersikap terbuka dalam menerima komen dan kritikan daripada penonton dan seterusnya mampu membuka lembaran baru yang berkualiti (Meijer, 2008) dan seperti yang dijelaskan Marina Munira (2011) bahawa pada masa kini, rancangan berbentuk Islamik yang mempunyai ciriciri mendidik masyarakat yang patuh syariah yang disiarkan melalui saluran TV mampu menarik dan mendapat sambutan hangat penonton. Oleh itu sangat bertepatan apabila terdapat inisiatif YB Mejar Jeneral Dato‟ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian Agama, telah membentangkan beberapa resolusi daripada (Wacana Inovasi Dakwah Melalui Media, 2011) dan ianya sangat berkaitan dengan peningkatan kualiti penerbitan rancangan TV Islamik. Resolusi yang pertama adalah mewujudkan pakar rujuk media penyiaran Islam. Dunia penyiaran Islam masa kini memerlukan sumber rujukan agama yang tepat dan boleh dipertanggungjawabkan. Oleh kerana kurangnya sumber maklumat Islam di kalangan sesetengah penerbit, maka rancangan yang dihasilkan agak mengelirukan, bersifat tempelan (slot in) dan tidak menyeluruh. Justeru, pengarah, penerbit, penapis rancangan, production house perlu mencari inisiatif untuk melantik pakar rujuk Islam yang terdiri daripada alim ulama atau agensi yang bertanggungjawab dalam menjaga hal ehwal Islam seperti JAKIM, IKIM, MAIS dan setara dengannya untuk berfungsi sebagai pemikir dan penasihat bagi memastikan siaran tersebut berlandaskan kepada syariat Islam dan tidak melanggar hukum hakam Islam. Ia juga amat membantu dalam menyediakan sumber maklumat Islam yang tepat, berkesan dan lebih berautoriti. Khidmat nasihat yang diberikan oleh pakar rujuk ini secara tidak langsung dapat dapat menggiatkan dakwah terhadap Islam melalui medium televisyen dan mampu menyampaikan mesej Islam secara jelas.

Selain itu, dalam menghasilkan rancangan TV Islamik yang berkualiti penerbit perlu memasukkan input dan isu-isu semasa serta terbaru untuk rancangan TV tersebut. Hal ini kerana media penyiaran adalah antara instrumen yang amat membantu kepada perkembangan Islam di Malaysia. Melalui medium ini, mesej Islam dapat disampaikan secara lebih berkesan. Walau bagaimanapun, melihat kepada rancangan-rancangan Islamik pada masa ini ianya agak ketinggalan dari sudut penyampaiannya. Sebagai contoh, kita banyak menyalurkan mesej Islam dalam rancangan berbentuk gagasan idea, teori dan tidak menyeluruh seperti rancangan bual bicara, forum dan ceramah. Masalah ini berlaku kerana kurangya penerbit atau penulis skrip yang dapat menghasilkan rancangan-rancangan realiti agama yang berkesan. Justeru, bagi memperluaskan skop rancangan agama, adalah disarankan agar isu-isu harian masyarakat seperti institusi kekeluargaan, hubungan budaya

5

yang pelbagai, isu ekonomi dan pendidikan boleh diserapkan bagi memperlihatkan Islam dari sudut yang lebih universal dan praktikal.

Antara elemen yang dapat menarik perhatian penonton dan mampu meningkatkan kualiti rancangan TV adalah penyampaian mesej atau maklumat itu mudah difahami, secara santai, mempunyai unsur-unsur retorik dakwah yang lebih kreatif, berbentuk drama, teater, publisiti iklan, hiburan dan filem perlulah diperbanyakkan. Selain itu, stesen TV juga boleh memberi peluang kepada syarikat-syarikat produksi yang meletakkan dakwah sebagai elemen utama dalam setiap rancangan TV yang dihasilkan serta berlandaskan kepada syariat Islam.

Begitu juga dengan penerbitan sesebuah rancangan pada masa kini perlu lebih fokus dengan melihat kepada kesesuaian golongan sasaran. Justeru kajian dan penyelidikan perlu dilakukan oleh penerbit dengan memberi fokus penerbitan rancangan mengikut kesesuaian golongan sasar yang terdiri daripada Muslim, non-muslim, saudara baru, masyarakat umum (orang Islam yang tersasar), kanak-kanak, remaja, pelajar dan belia dewasa. Penyampaian rancangan TV juga perlu diperluaskan kepada pelbagai bahasa seperti Melayu, Inggeris, Mandarin, Kantonis, Tamil, Hindi, Iban, Kadazan dan sebagainya. Berfokuskan kepada golongan sasaran, penerbit dapat menentukan tahap dakwah Islam yang sepatutnya dalam menarik masyarakat mengenali Islam dengan lebih dekat lagi.

Antara halangan dalam menerbitkan rancangan TV ini adalah ianya memerlukan modal yang tinggi dan para penerbit atau production house kadang kala terpaksa mengutamakan kehendak penonton agar rancangan yang diterbitkan membawa kepada keuntungan. Walau bagaimanapun, penerbit perlu kembali kepada falsafah penerbitan sesuatu rancangan adalah bertujuan untuk membina peradaban masyarakat. Justeru, penerbitan sesuatu rancangan TV Islamik itu hendaklah mengutamakan tanggungjawab sosial untuk mendidik dan membetulkan minda masyarakat dalam kerangka patuh syariah. Dalam hal ini, peranan Institusi Baitulmal boleh dilihat untuk turut bersama menyumbang dana yang bersesuaian dalam menyumbang kepada kaedah dakwah begini.

Bagi menghasilkan rancangan TV islamik yang bermutu, para penerbit perlu melakukan kajian mendalam dari sumber-sumber yang tepat dan boleh dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikian, inisiatif pihak penerbit untuk melakukan R&D dalam penerbitan sesebuah rancangan amat membantu menghasilkan rancangan yang berkualiti dan dapat membina minda masyarakat. Dalam pada itu, adalah disarankan agar pihak penyiaran TV mempelajari pengalaman dan kemahiran teknikal dengan melihat peluang kerjasama yang 6

boleh dilakukan bersama dengan syarikat penerbitan antarabangsa seperti Al Jazeera dan British

Broadcasting

Corporation

(BBC).

Pembelajaran secara teknikal

itu

boleh

diimplementasi dalam menghasilkan rancangan TV dan digabungkan dengan rancangan TV Islamik yang berkualiti dan menarik.

Selain itu, perilaku negatif seperti pergaduhan, penggunaan bahasa yang kesat, adegan lakonan yang tidak bermoral, paparan perilaku khurafat yang boleh menjejaskan aqidah perlu dielakkan dalam penerbitan rancangan TV Islamik ini. Hal ini kerana, walaupun plot penceritaannya diakhiri dengan unsur-unsur keinsafan, kembali kepada Islam dan taubat, namun kesan negatifnya lebih banyak berbanding unsur-unsur didikan positif. Oleh yang demikian, adalah disarankan agar penulisan skrip berunsur Islam yang berlandaskan patuh syariah dipergiatkan dan diberi perhatian yang lebih serius oleh pihak-pihak berwajib. KUALITI & KUANTITI RANCANGAN TV ISLAMIK MALAYSIA Menurut Zulkiple (2010), isu mengenai keberkesanan rancangan-rancangan agama yang disiarkan melalui TV sentiasa muncul dari semasa ke semasa dalam masyarakat. Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam yang dilancarkan tahun 1985 oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamed telah memberi kesan mendalam kepada RTM secara keseluruhan dengan bertambahnya peningkatan kuantiti dan kualiti rancangan-rancangan agama di radio dan TV.

Kajian analisis kandungan terhadap siaran TV1, TV2, TV3 dan TV9 pada 2008 yang telah dilakukan oleh Muhamad Zaki & Mazni Buyong (2011) menunjukkan terdapat 191 rancangan Islamik yang tersiar di kaca TV. Kajian tersebut mendapati bahawa TV1 merupakan saluran TV yang paling banyak menyiar rancangan Islamik iaitu 48.7% dengan jumlah 93 buah rancangan diikuti TV9 dengan jumlah 30.4% iaitu 58 buah rancangan, TV3 dengan 19.9% dan TV 2 hanya 1% sahaja. Namun, hakikatnya rancangan-rancangan Islamik tersebut masih lagi jauh ketinggalan dari segi airtime siarannya kerana data menunjukkan hanya sekitar 10% sahaja. Manakala kajian berkaitan penerbitan rancangan Islamik yang bertajuk “Islamic Programmes In Malaysian Free-to-air Television Channels” oleh Mazni Buyong & Rizalawati (2012) yang turut menggunakan pendekatan analisis kandungan terhadap penjualan rancangan Islamik selama seminggu terhadap stesen TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9 dan TV Al Hijrah pada tahun 2011. Hasil kajian mendapati keseluruhan rancangan Islamik yang diterbitkan dalam seminggu hanya 13.5% (128 jam 30 minit) berbanding rancangan-rancangan yang lain.

7

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa masih terdapat masalah kuantiti penerbitan rancangan yang bergenre Islamik yang mana antara lain melibatkan jumlah penerbit rancangan Islamik dan kekangan politik ekonomi. Selain itu, terdapat kejanggalan apabila ada saluran televisyen di Malaysia dimulakan dengan bacaan al-Quran dan diakhiri juga dengan bacaan al-Quran, namun di tengah-tengahnya pula terdapat pelbagai bentuk rancangan yang berunsurkan hiburan melampau yang diimport dari Barat contohnya seperti rancangan yang memaparkan keseronokan hidup bersekedudukan, apatah lagi berunsur seks bebas (Rozmal Makalan, 2004).

Maka usaha yang mampan perlu dipergiatkan dalam menerbitkan rancangan TV Islamik yang berkualiti misalnya melalui saluran TV Al Hijrah dan Astro Oasis yang mempunyai kelebihan kerana penyiaran rancangannya lebih berkonsepkan Islamik.

Selain itu,

sepatutnya penerbit menyahut cabaran (jihad) dalam menerbitkan rancangan-rancangan yang berkualiti, kreatif dan lebih banyak rancangan Islamik di dalamnya serta mampu menarik penonton yang mempunyai pelbagai latar belakang demografi. KESIMPULAN Dimensi penyiaran Islam sebagai dakwah dalam konteks realiti hari ini dengan terdapatnya beberapa saluran TV Islamik nampaknya kini realistik walaupun dalam keadaan politik ekonomi negara yang mencabar. Diharap, perbincangan ini mampu memberi sumbangan terhadap pengetahuan dalam menambahkan maklumat yang boleh membawa kepada pemahaman yang lebih kepada cabaran dan sokongan dari pelbagai aspek untuk menghasilkan penerbitan rancangan TV Islamik yang berkualiti.

Hasil perbincangan ini boleh dijadikan panduan dan jalan penyelesaian kepada penerbitpenerbit rancangan Islamik akan datang dalam menerbitkan rancangan yang berkualiti dan popular

dengan

menggunakan

pengalaman

rancangan

TV

kajian

dan

dengan

penambahbaikan kreativiti produksi. Usaha untuk mengetengahkan, mengukuhkan dan memupuk nilai-nilai murni melalui rancangan-rancangan televisyen merupakan satu usaha yang realistik. Ini kerana untuk mencapainya dilihat tidak mustahil sekiranya mendapat sokongan dan penglibatan daripada semua pihak terutama pihak stesen TV dan pengiklan. Walaupun ianya perlu melalui proses yang panjang, namun berbekalkan dengan pendirian yang teguh untuk menyuburkan media Islam, pastinya usaha ini akan tercapai.

Selain itu, perkara pokok yang perlu dipelihara dalam menerbitkan rancangan TV Islam ini mendapati bahawa Dasar Patuh Syariah dan keperluan kepada Bahagian Tapisan adalah penting untuk menjaga kandungan rancangan supaya mematuhi kehendak Islam. Bukan 8

sahaja hanyakepada kandungan, namun setiap konsep produksi perlulah memenuhi kehendak syariah termasuk kesesuaian iklan ketika siaran rancangan tersebut.

Hal ini kerana, setiap penerbitan rancangan Islamik ini berbeza dengan penerbitan komersial yang memfokuskan kepada rating dan keuntungan. Walaupun tugas ini merupakan suatu ibadah umum, tetapi ianya merupakan suatu tuntutan fardu kifayah kepada setiap penerbit Islam. Penerbitan rancangan TV Islamik ini harus meletakkan tanggungjawab penerbitan ini hanya kerana Allah yang mana ia merupakan ibadah, bukan sekadar pekerjaan seperti yang terkandung dalam Surah Az Zariaat ayat 56 iaitu: “Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu.”

Selain itu, penerbitan rancangan TV juga merupakan suatu medium dakwah dan bersandarkan kepada tanggunjawab sosial, dan segalanya terletak kepada niat keseluruhan produksi bahawa penerbitan tersebut adalah suatu ibadah: “Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya.” (Surah Al-An‟aam, ayat 162-163)

Namun, para penerbit harus sentiasa berlapang dada dan menerima bahawa dalam menyampaikan dakwah mengenai ajaran Islam ini, ianya pasti tidak terlepas dari cabaran dan ujian Allah. Ianya selari dengan merupakan sunnatullah dalam menyebarkan keindahan Islam. "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, „Kami telah beriman,‟ sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orangorang yang dusta." (Surah Al-Ankabut, ayat 2 - 3).

9

RUJUKAN

Al Quran Ahmad Kamil Jamilin, Mohd Fauzi Mohd Amin, M. S. H. (2011). Matlamat Dan Prinsip Media Islam. In N. A. R. Muhammad Zaki Mustafa, Ainurliza Mat Rahim, Zainol Abidin Ahmad (Ed.), Representasi Islam Dalam Media (1st ed., pp. 13–26). Nilai: Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. Che Mahzan Ahmad (2008). Communication in Muslim Nations. Broadcasting Islam on Malaysia Television, ed., Mohd Yusof Hussain pp. 189-202. Kuala Lumpur: IIUM Press, IIUM. Chris Barker (1997) „Global Television - An Introduction. London: Blackwell Publisher. Mahmood Zuhdi Abd Majid (1987). Media Massa & Dakwah Islamah. Dewan Budaya. Jilid 9. Bil 9. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Marina Munira Mutalib, S. M. H. K. O. & R. M. R. (2011). Tugas Dan Tanggungjawab Media Dalam Pembangunan Insan. In N. A. R. Muhammad Zaki Mustafa, Ainurliza Mat Rahim, Zainol Abidin Ahmad (Ed.), Representasi Islam Dalam Media (1st ed., pp. 41–52). Nilai: Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. Mazni Buyong & Rizalawati Ismail. (2012). Islamic Programs In Malaysian Free-To-Air Television Channels. Gombak, Selangor. Megat Al Imran Yasin. (2004). Political Economy of Malaysian Documentary Productions. University of Cardiff Wales, United Kingdom. Meijer, I. C. (2008). Quality Taste or Tasting Quality? A Television Audience in Transition. Netherlands. Muhamad Zaki & Mazni Buyong (2011) Rancangan Televisyen Yang Berunsurkan Islam Di Malaysia. In N. A. R. Muhammad Zaki Mustafa, Ainurliza Mat Rahim, Zainol Abidin Ahmad (Ed.), Representasi Islam Dalam Media (1st ed., pp. 163–174). Nilai: Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. Norfatimah Ahmad. (2010, December 8). Media medan promosi Islam: PM. Berita Harian. Kuala Lumpur. Papathanassopoulos, S., (1993) Liberating Television, Kastaniotis Editions, Athens. Rozmal Makalan. (2004, October 29). Malaysia Patut Ada Rangkaian Televisyen Islam. Berita Harian. Seremban, Negeri Sembilan. Syed Husin (1987) Pengaruh Politik Ekonomi Organisasi. Dewan Budaya. Jilid 9. Bil 9. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Tsourvakas, G., (2003) Techniques to Enhance the transmission of quality programmes by private television channels in Europe”, European Journal of Law and Economics, V. 16, Kluwer Academic Publishers, Netherlands, page 235 10

Wacana Inovasi Dakwah Melalui Media. (2011). Wacana Inovasi Dakwah Melalui Media. Putrajaya. Retrieved from http://www.islam.gov.my/wacana-inovasi-dakwah-melaluimedia-cetus-13-resolusi Zulkiple Abd. Ghani (2010) Penyebaran Dakwah Melalui Media Penyiaran Di Malaysia. Dalam talian: http://www.scribd.com/doc/24933877/an-Dakwah-Melalui-MediaPenyiaran-Di-Malaysia Zulkiple Abd Ghani (2006). Islamic Broadcasting: A Search for Islamic Identity. Hamdard Islamicus, Vol. XXIX, April-Jun. pp. 23-33. Zulkiple Abd. Ghani (1998). Diffusion Of Islamic Message Through Television: The Experience Of Television Malaysia. Bangi, Selangor: Jabatan Dakwah & Kepimpinan, UKM.

11

Deskripsi

Lihat lebih banyak...

Komentar

Hak Cipta © 2017 CARIDOKUMEN Inc.