Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar
Deskripsi Singkat
Kertas Kerja Penyelidikan Projek Pembangunan Jati Diri Kebangsaan Pelajar ASASIpintar Nama kumpulan Wawasan 2020 Pensyarah Prof Madya Dr Fazilah binti Idris Subjek Pembangunan Jati Diri Kebangsaan Tajuk Kertas Kerja Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesannya terhadap Jati Diri Pelajar.
Nama Ahli Kumpulan 1. Arif Anwar bin Lokmanol Hakim - Jawatan: Ketua Penyelidikan - Kelas: AP501 - No matrik: AP00352 - Tugas: Soal Selidik - Email:
[email protected] - No telefon: 012-546 1592/013- 4953470 2. Safwan bin Ibrahim - Jawatan: Penolong Ketua Penyelidik - Kelas: AP301 - No matrik: AP00360 - Tugas: Temu Bual - Email:
[email protected] - No telefon: 011-2381 8667 3. Ubaidurrahman bin Zulkifli - Kelas: AP201 - No matrik: AP00314 - Tugas: Soal Selidik - Email:
[email protected] - No telefon: 011-2374 8020 4. Harith Haiqal bin Husni - Kelas: AP301 - No matrik: AP00427 - Tugas: Soal Selidik - Email:
[email protected] - No telefon: 011-1151 5272 5. Ker Zer Heng - Kelas: AP201 - No matrik: AP00437 - Tugas: Temu Bual - Email:
[email protected] - No telefon: 017-788 9277
6. Anis Syahirah binti Adnan - Kelas: AP301 - No matrik: AP00408 - Tugas: Temu Bual - Email:
[email protected] - No telefon: 011-1655 8603/ 011-2408 8143 7. Aisyah bt Mohd Habib - Kelas: AP301 - No matrik: AP00400 - Tugas: Temu Bual - Email:
[email protected] - No telefon: 017-201 3296
PENGENALAN Hiburan bermaksud peristiwa, persembahan, atau kegiatan yang diwujudkan untuk memberi kenikmatan kepada penonton dan industri yang membekalkan hiburan dinamakan industri hiburan. Hiburan boleh dipisahkan kepada dua iaitu hiburan tempatan dan hiburan antarabangsa yang merangkumi beberapa kategori seperti lagu, filem atau drama dan alat muzik. Hiburan seperti ini sering mendapat tempat di hati penonton atau pendengar tidak kira masa dan waktu kerana hiburan merupakan sumber utama pada saat kebosanan dan kesunyian. Namun, sejak akhir-akhir ini, hiburan tempatan kurang mendapat sambutan dari masyarakat tempatan kerana mereka lebih gemar mengutamakan dan mengagungkan hiburan antarabangsa disebabkan oleh beberapa alasan tertentu. Oleh itu, kajian terhadap aspek hiburan ini telah dipilih untuk menilai sejauh mana sambutan dan penerimaan terhadap hiburan tempatan berbanding hiburan luar dan antarabangsa. Kajian ini dilakukan ke atas pelajar pintar dan berbakat dari permata pintar dan asasi pintar yang berada di Universiti Kebangsaan Malaysia. Hal ini kerana kebanyakan pelajar- pelajar di sini yang rata-rata dari usia yang muda lebih gemar melayan hiburan luar negara berbanding hiburan tempatan. Justeru, diharap dengan kajian ini dapat membuktikan bahawa kebanyakan anak-anak muda mempunyai jati diri kebangsaan yang semakin lentur dari zaman ke zaman. Pertama, muzik yang disajikan di corong-corong radio seperti genre “rock”, balada, cinta, sentimental dan jazz banyak didengari oleh anak-anak muda. Walaupun hiburan tempatan dan hiburan luar negara menjanjikan kepuasan yang sama dengan menyediakan genre-genre lagu seperti ini, anak-anak muda lebih cenderung untuk memilih lagu luar negara. Sebagai contoh, konsert-konsert yang dipersembahkan oleh artis-artis tempatan kurang laris dan kurang mendapat sambutan jika hendak dibandingkan dengan konsert-konsert yang dinyanyikan oleh “superstar” mereka yakni artis-artis luar negara terutamanya konsert “kpop” dan barat. Kategori kajian yang seterusnya ialah bidang lakonan seperti filem. Sebagaimana yang dinyatakan pada perenggan di atas filem luar negara lazimnya lebih mendapat jualan tiket yang lebih laris di panggung-panggung wayang seluruh negara berbanding dengan filem Malaysia. Sebagai contoh, filem X-Men mendapat jualan tiket berjumlah jutaan ringgit berdasarkan statistik jualan tiket di Golden Screen Cinemas (M) Sdn Bhd. Skop terakhir yang akan dikaji ialah alat muzik. Seperti yang umum diketahui, alat muzik tradisional semakin dipinggirkan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah dan universiti. Sebaliknya, alat muzik moden lebih digemari untuk digunakan dalam majlis-majlis rasmi & keramaian. Contohnya, setiap kali majlis perkahwinan yang ditayangkan di kaca televisyen, pihak tuan rumah lebih suka untuk menjemput dan menampilkan kumpulan muzik yang menggunakan alat muzik moden. Hal ini menyebabkan berlakunya pengaruh hiburan barat dalam kehidupan pelajar.
Konklusinya, kecenderungan seseorang individu melayan hiburan tempatan melambangkan jati diri individu tersebut sebagai warganegara Malaysia yang bangga terhadap produk buatan Malaysia. KAJIAN KEPUSTAKAAN Berdasarkan maklumat yang diberi pada ‘Malaysia Yearly Box Office’ yang menunjukkan ranking filem luar dan dalam negara yang pernah ditayangkan di panggung wayang, filem ‘The Conjuring’ memenangi Top 20 sedangkan filem dalam negara yang lain tiada dalam senarai tersebut. Hal ini membuktikan bahawa ramai rakyat Malaysia suka menonton filem luar negara yang lebih menyeronokkan jalan ceritanya daripada filem kita yang sambutannya tidaklah sebanyak mana. Seterusnya, daripada laman web ‘Utusan Online’ yang bertajuk ‘Tiket Laris jadi Bukti Konsert Mahal Anuar Zain dapat Sambutan’ dan ‘united.my’ yang bertajuk ‘Taylor Swift Red Tour KL 2014’ membandingkan bahawa konsert artis luar negara lebih mendapat sambutan hangat berbanding konsert artis tempatan. Hal ini juga memberikan kesan terhadap jati diri kebangsaan anak-anak muda kita yang kita nampak sering mengamalkan gaya Barat yang bersifat terbuka. Jelaslah bahawa satu langkah drastik perlu dilakukan pihak terlibat dalam mengembalikan kesedaran hiburan tempatan kepada masyarakat kita khususnya anak-anak muda. Justeru, kajian ini akan dibuat ke atas pelajar PERMATApintar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 dan 5 serta ASASIpintar untuk mengetahui adakah mereka mengikuti trend remaja kini yang lebih suka akan hiburan luar negara daripada tempatan atau tidak dan juga mengetahui adakah hiburan luar negara yang sering dipilih oleh pelajar menggugat jati diri unggul pelajar. PERMASALAHAN Dewasa ini, hiburan tempatan dan luar negara memberi impak ke atas jati diri seseorang individu terutamanya anak-anak muda. Kemajuan teknologi sedikit sebanyak merangsang kepada peningkatan hiburan apatah lagi dengan wujudnya kemudahan memuat turun segala bentuk hiburan melalui satu klik sahaja. Berdasarkan pemerhatian kami terhadap majoriti pelajar PERMATApintar lebih menggemari hiburan antarabangsa berbanding hiburan tempatan. Hal ini jelas sekali menunjukkan betapa rendahnya jati diri kebangsaan dalam diri mereka. Permasalahan ini membawa kepada persoalan, bagaimanakah penerimaan pelajarpelajar PERMATApintar™ Negara terhadap hiburan luar negara dan tempatan serta apakah kesan pengaruh hiburan tersebut terhadap jati diri pelajar?
OBJEKTIF KAJIAN 1. Menilai faktor kecenderungan pelajar PERMATApintar dalam memilih jenis hiburan sama ada tempatan atau luar negara sebagai sumber hiburan mereka. 2. Membuktikan sejauh mana hiburan luar negara dapat pengaruhi jati diri pelajar PERMATApintar yang berwarganegara Malaysia. 3. Meningkatkan kesedaran terhadap diri kita untuk mengekalkan hiburan tempatan sebagai hiburan utama dalam kehidupan seharian sebagai strategi meningkatkan jati diri pelajar. METODOLOGI SOAL SELIDIK (Lihat Lampiran 1) Dalam mendapatkan maklumat mengenai penerimaan pelajar PERMATApintar terhadap hiburan tempatan, kami telah berbincang soalan-soalan yang ingin ditanya kepada pelajarpelajar di situ. Soalan yang dibuat berteraskan tiga objektif utama yang ingin dicapai. Contoh soal selidik akan dilampirkan di akhir metodologi nanti. Soal selidik yang dibuat dibahagikan kepada empat bahagian: A: Demografi (umur, kaum, nama & jantina). B: Kecenderungan dalam memilih jenis hiburan (Pilih satu daripada dua sahaja). C: Pengaruh hiburan terhadap jati diri pelajar. D: Kesedaran terhadap kepentingan hiburan tempatan. Untuk bahagian B dan C, hanya dua pilihan sahaja yang responden boleh pilih sama ada perkara itu ialah hiburan tempatan atau perkara itu ialah hiburan luar negara. Namun, bahagian C dibuat dalam bentuk pemilihan berdasarkan foto yang diberikan. Akhir sekali, bagi bahagian D dibuat dalam bentuk jawapan ya atau tidak. Seterusnya, kaedah temu bual juga dijalankan dengan mencipta soalan secara rawak tetapi masih berdasarkan tiga objektif tersebut. Kaedah Soal Selidik Online Soal selidik yang telah dibuat akan dimasukkan ke satu perisian online, yang bernama ‘eSurvey’ pada laman web ‘eSurv.org’ untuk menjimatkan bajet mencetak soal selidik kerana semua pelajar PERMATApintar ada laptop dan mengetahui untuk melayari internet. Perisian ini percuma dan perlu mendaftar untuk menggunakan perisian yang tidak dimuat turun ini. Dengan menggunakan pilihan dan komponen yang ada pada ‘e-Survey’, kami memanfaatkan sepenuhnya dalam menyiapkan soal selidik ‘online’.
Laman web soal selidik online ini diedarkan secara tertutup melalui emel responden pelajar PERMATApintar yang ingin menjawab soal selidik ini. Kaedah ini dibuat demi memastikan matlamat jumlah responden 10 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan daripada setiap kategori umur 16-18 tahun tercapai. Oleh sebab itu, kuota ini telah ditetapkan kepada sesiapa yang ingin menjadi responden atau terpilih. Untuk pengetahuan semua, pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 tinggal di PERMATApintar, sedangkan pelajar asasi yang berumur 18 tahun tinggal di Kolej Pendeta Zaaba walaupun tempat belajar adalah sama. Sehubungan itu, kaedah ini terbahagi kepada dua kumpulan, yang mana seorang ahli kumpulan menguruskan pelajar tingkatan 4 dan 5 manakala dua orang ahli kumpulan menguruskan pelajar asasi. Kategori: Tingkatan 4, Tingkatan 5 & ASASIpintar Pelajar yang ingin menjawab soal selidik ini memberikan nama mengikut kelas mereka. Perkara ini telah diamanahkan kepada setiap ketua kelas untuk menguruskan nama responden. Kuota juga telah ditetapkan yang mana setiap kelas tingkatan 4 menghantar dua orang pelajar lelaki dan dua orang pelajar perempuan manakala setiap kelas tingkatan 5 memberikan nama tiga orang pelajar tetapi mengikut ketetapan. Misalnya, ada kelas merangkumi dua lelaki serta satu perempuan dan begitulah sebaliknya. Bagi pelajar ASASIpintar, 20 orang responden telah ditetapkan secara rawak oleh ahli kumpulan. 20 orang responden yang terpilih menjawab soalan soal selidik online dengan diemelkan ‘link’ soal selidik tersebut. Pelajar yang telah memberi nama diemelkan laman web tersebut dan mereka membukanya untuk menjawab sehingga habis. Responden yang telah menjawab diemelkan semula kepada emel seorang ahli kumpulan yang ada akaun ‘eSurv’ yang bertuliskan ‘already complete’ (sudah dijawab). Semua maklumat dan jawapan mereka disimpan dalam satu ‘folder’ yang laman web ini telah sediakan. Pelajar yang tidak menjawab lagi akan diingatkan melalui lisan kerana laman web ini boleh memberitahu pelajar yang tidak menjawab lagi. TEMU BUAL (Lihat Lampiran 2) Kaedah yang digunakan dalam menjalankan penyelidikan ini ialah kaedah menemu bual sembilan orang pelajar. Sembilan orang pelajar tersebut terdiri daripada tiga orang pelajar tingkatan 4, tiga orang pelajar tingkatan 5 dari program pendidikan Pusat PERMATApintar Negara manakala tiga orang pelajar lagi ialah pelajar ASASIpintar. Lokasi penyelidikan ini ialah di Pusat PERMATApintar Negara UKM. Sembilan responden yang ditemu bual ini dipilih secara rawak dan terdiri daripada pelbagai kaum. Kesemua responden ini diajukan beberapa soalan mengenai pendapat mereka tentang hiburan luar dan hiburan tempatan. Hal ini bagi melihat sejauh mana jati diri dalam diri mereka. Soalan-soalannya banyak berkisar perkara yang sama sahaja. Rakaman daripada telefon bimbit canggih juga digunakan bagi tujuan merakam temu bual ini. Dalam masa yang sama, buku nota juga digunakan bagi mencatat maklumat penting daripada jawapan responden yang dipilih untuk dianalisis.
ANALISIS Soal selidik ‘eSurv’ sebenarnya mempunyai data penuh dalam bentuk grid yang menunjukkan hasil keputusan soal selidik tersebut. Data tersebut dianalisis dengan menggunakan SPSS software untuk memasukkan data ‘variable’ dan data ‘numeric’. Setelah memasukkan data tersebut, ia dianalisis dengan menggunakan kaedah ‘Report – Codebook’ untuk mengetahui peratus dan jumlah yang menjawab pilihan daripada 18 soalan yang berbentuk pilihan jawapan. Selain itu, kaedah ‘frequency’ juga digunakan untuk mengetahui kekerapan atau jumlah mereka memilih pilihan untuk setiap soalan. Kaedah ini dapat mengetahui peratus sah sebenar responden yang memilih pilihan tersebut. Hasil data yang diperoleh akan ditambah satu lagi komponen hasil dapatan, iaitu penukaran data dalam bentuk carta pai dengan memilih ‘chart pie’ yang diberi. Seterusnya, dua jadual data serta satu carta pai dimasukkan ke dalam hasil dapatan. TEMU BUAL Data-data yang diperoleh daripada jawapan-jawapan sembilan orang responden akan dianalisa. Caranya adalah dengan memasang semula rakaman telefon bimbit daripada jawapan responden. Di samping itu, nota-nota yang telah dicatat juga dianalisa berserta rakaman dan dibandingkan melalui perbincangan sesama ahli kumpulan. Setiap jawapan telah dikategori mengikut kategori jawapan responden itu sendiri. Hasilnya disertakan pada perbincangan hasil keputusan temu bual tersebut.
HASIL DAPATAN KAJIAN Bahagian A (Pecahan mengikut demografi) Jantina Value Standard Attributes
Valid Values Missing Values
Position
Count
Percent
1
Label Type Format Measurement
Jantina Numeric F8 Nominal
Role 1 2 System
Input lelaki perempuan
28 33 13
37.8% 44.6% 17.6%
Umur Value Standard Attributes Position
Valid Values
Missing Values
Count
Percent
2
Label Type Format
Umur Numeric F8
Measurement Role 1 2 3 System
Nominal Input 16 17 18
23 18 20 13
31.1% 24.3% 27.0% 17.6%
Standard Attributes
Valid Values
Missing Values
Tempat Tinggal Value Position Label Tempat Tinggal Type Numeric Format F8 Measurement Nominal Role 1 2 3 System
Input bandar sub bandar luar bandar
Count
Percent
3
17 27 17 13
23.0% 36.5% 23.0% 17.6%
Kaum Value Standard Attributes Position
Valid Values
Missing Values
Count
Percent
4
Label Type Format
Kaum Numeric F8
Measurement Role 1 2 3 4 System
Nominal Input melayu cina india lain-lain
50 4 3 4 13
67.6% 5.4% 4.1% 5.4% 17.6%
BAHAGIAN B (Kecenderungan memilih hiburan)
Konsert (Jadual 1) Value Position 5 Label Konsert Type Numeric Format F8 Measurement Nominal
Standard Attributes
Valid Values
Role 1 2
Missing Values
Count
Input Taylor Swift Shila Amzah
System
Percent
44
59.5%
17
23.0%
13
17.6%
Konsert (Jadual 2)
Valid
Missing Total
Taylor Swift Shila Amzah Total System
Frequency 44 17 61 13 74
Percent Valid Percent 59.5 72.1 23.0 27.9 82.4 100.0 17.6 100.0
Cumulative Percent 72.1 100.0
Standard Attributes
Valid Values
Filem (Jadual 1) Value Position Label Type Format Measurement Role 1 2
Missing Values
System
Filem Numeric F8 Nominal Input The Conjuring Jangan Pandang Belakang
Count
Percent
6
51
68.9%
10
13.5%
13
17.6%
Filem (Jadual 2)
Valid
The Conjuring Jangan Pandang Belakang Total Missing System Total
Frequency Percent 51 68.9
Valid Percent 83.6
Cumulative Percent 83.6 100.0
10
13.5
16.4
61 13 74
82.4 17.6 100.0
100.0
Standard Attributes
Valid Values
Lagu (Jadual 1) Value Position Label Type Format Measurement Role 1 2
Missing Values
Count
Percent
7
lagu Numeric F8 Nominal Input John Legend - All of Me Yuna Rescue
System
41
55.4%
20
27.0%
13
17.6%
Lagu (Jadual 2) Frequency Percent Valid
John Legend - All of Me Yuna - Rescue Total Missing System Total
Valid Percent
Cumulative Percent
41
55.4
67.2
67.2
20 61 13 74
27.0 82.4 17.6 100.0
32.8 100.0
100.0
Alat Muzik (Jadual 1) Value Standard Attributes Position Label Type
Valid Values
Missing Values
Format Measurement Role 1 2 3 System
Count
Percent
8 Alat Muzik Numeric F8 Nominal Input Kompang Gambus Gitar
16 4 41 13
21.6% 5.4% 55.4% 17.6%
Alat Muzik (Jadual 2) Frequency Valid
Kompang
Gambus Gitar Total Missing System Total
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent
16
21.6
26.2
26.2
4 41 61 13 74
5.4 55.4 82.4 17.6 100.0
6.6 67.2 100.0
32.8 100.0
Stesen Radio (Jadual 1) Value Standard Attributes Position Label Type Format Measurement Role Valid Values 1 2 Missing Values System
Count
9 Stesen Radio Numeric F8 Nominal Input Fly FM Sinar FM
Percent
32 29 13
43.2% 39.2% 17.6%
Stesen Radio (Jadual 2) Frequency Valid
Fly FM
Sinar FM Total Missing System Total
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent
32
43.2
52.5
52.5
29 61 13 74
39.2 82.4 17.6 100.0
47.5 100.0
100.0
Bahagian C (Pengaruh hiburan terhadap jati diri pelajar)
Baju Beraya (Jadual 1) Value Standard Attributes Position 10
Valid Values
Label Type Format Measurement Role 1 2
Missing Values
System
Baju Beraya Numeric F8 Nominal Input Kiri - baju melayu Kanan - baju berjalan
Count
Percent
52
70.3%
9
12.2%
13
17.6%
Baju Beraya (Jadual 2) Frequenc y Percent Valid kiri - baju melayu 52 70.3 kanan - baju 9 12.2 berjalan Total 61 82.4 Missin System 13 17.6 g Total 74 100.0
Valid Cumulative Percent Percent 85.2 85.2 14.8 100.0
100.0
Sapaan Sebelum Berbicara (Jadual 1) Value Standard Attributes Position Label
Valid Values
Type Format Measurement Role 1
Missing Values
2 System
Count 11
sapaan sebelum berbicara Numeric F8 Nominal Input kiri - selamat pagi kanan - Hi
Sapaan Sebelum Berbicara (Jadual 2) Frequenc Valid y Percent Percent Valid
kiri - selamat pagi kanan - Hi Total Missing System Total
Percent
31
41.9%
30 13
40.5% 17.6%
Cumulative Percent
31
41.9
50.8
50.8
30 61 13 74
40.5 82.4 17.6 100.0
49.2 100.0
100.0
Standard Attributes
Valid Values Missing Values
Jenis Pergaulan (Jadual 1) Value Position 12 Label Type Format Measurement Role 1 2 System
pergaulan Numeric F8 Nominal Input kiri - sopan kanan - bebas
Count
59 2 13
Percent
79.7% 2.7% 17.6%
Jenis Pergaulan (Jadual 2)
Valid
kiri - sopan kanan - bebas Total Missing System Total
Frequency 59 2 61 13 74
Percent 79.7 2.7 82.4 17.6 100.0
Valid Percent 96.7 3.3 100.0
Cumulative Percent 96.7 100.0
Makanan Pilihan di Restoran (Jadual 1) Value Standard Attributes Position Label Type Format Measurement Role Valid Values 1 2 Missing Values System
Count
Percent
13 makanan Numeric F8 Nominal Input kiri - roti canai kanan - burger
Makanan Pilihan di Restoran (Jadual 2) Valid Frequency Percent Percent Valid kiri - roti 43 58.1 70.5 canai kanan 18 24.3 29.5 burger Total 61 82.4 100.0 Missing System 13 17.6 Total 74 100.0
43 18 13
58.1% 24.3% 17.6%
Cumulative Percent 70.5 100.0
Bahasa Berdialog (Jadual 1) Value Standard Attributes Position 14 Label bahasa berdialog
Valid Values
Missing Values
Type Format Measurement Role 1 2 System
Numeric F8 Nominal Input kiri - biasa kanan - bahasa rojak
Count
Percent
38
51.4%
23
31.1%
13
17.6%
Bahasa Berdialog (Jadual 2)
Valid
kiri - biasa kanan - bahasa rojak Total Missing System Total
Frequency Percent 38 51.4
Valid Percent 62.3
Cumulative Percent 62.3 100.0
23
31.1
37.7
61 13 74
82.4 17.6 100.0
100.0
Bahagian D (Kesedaran pelajar terhadap hiburan tempatan)
Adakah anda bersetuju bahawa hiburan tempatan merupakan elemen yang sangat penting dalam pengekalan kebudayaan dan identiti negara kita? (Jadual 1) Value Standard Attributes
Count
Position
Percent
5
Label
Adakah anda bersetuju bahawa hiburan tempatan merupakan elemen yang sangat penting dalam pengekalan kebudayaan dan identiti negara kita?
Valid Values
Type
Numeric
Format
F8.2
Measurement
Nominal
Role
Input
3.00
yes
56
91.8%
4.00
no
5
8.2%
Adakah anda bersetuju bahawa hiburan tempatan merupakan elemen yang sangat penting dalam pengekalan kebudayaan dan identiti negara kita? (Jadual 2) Cumulative Frequency Valid
Percent
Valid Percent
Percent
yes
56
91.8
91.8
91.8
no
5
8.2
8.2
100.0
61
100.0
100.0
Total
Adakah anda merasakan bahawa hiburan tempatan tidak setanding dengan hiburan luar negara? (Jadual 1) Value Standard Attributes
Count
Position
Percent
6
Label
Adakah anda merasakan bahawa hiburan tempatan tidak setanding dengan hiburan luar negara?
Valid Values
Type
Numeric
Format
F8.2
Measurement
Nominal
Role
Input
5.00
yes
36
59.0%
6.00
no
25
41.0%
Adakah anda merasakan bahawa hiburan tempatan tidak setanding dengan hiburan luar negara? (Jadual 2) Cumulative Frequency Valid
Percent
Valid Percent
Percent
yes
36
59.0
59.0
59.0
no
25
41.0
41.0
100.0
Total
61
100.0
100.0
Adakah langkah-langkah yang efektif perlu diambil demi mempertahankan hiburan tempatan? (Jadual 1) Value Standard Attributes
Position
Count
Percent
7
Label
Adakah langkah-langkah yang efektif perlu diambil demi mempertahanka n hiburan tempatan?
Valid Values
Type
Numeric
Format
F8.2
Measurement
Nominal
Role
Input
7.00
yes
59
96.7%
8.00
no
2
3.3%
Adakah langkah-langkah yang efektif perlu diambil demi mempertahankan hiburan tempatan? (Jadual 2) Cumulative Frequency Valid
Percent
Valid Percent
Percent
yes
59
96.7
96.7
96.7
no
2
3.3
3.3
100.0
61
100.0
100.0
Total
TEMU BUAL Rujuk pada perbincangan di bahagian temu bual.
PERBINCANGAN SOAL SELIDIK Bahagian A (Pecahan mengikut demografi) Berdasarkan pecahan responden yang menjawab soal selidik yang bertajuk ‘Penerimaan Hiburan Tempatan dalam kalangan Pelajar PERMATApintar’, responden lelaki berjumlah 28 orang pelajar (37.8%) sedangkan perempuan yang merupakan paling banyak jumlah responden yang menjawab soal selidik, iaitu 33 orang pelajar (44.6%). Bagi demografi mengikut umur, jumlah pelajar 16 tahun yang menjawab soal selidik ini berjumlah 23 orang pelajar (31.1%), pelajar 17 tahun berjumlah 18 orang pelajar (24.3%) dan pelajar 18 tahun atau sekarang menuntut dalam program ASASIpintar berjumlah 20 orang pelajar (27.0%). Bagi kategori tempat tinggal pula yang menjawab soal selidik ini, responden sub bandar adalah paling banyak yang menjawab, iaitu berjumlah 27 orang pelajar (36.5%), diikuti dengan responden bandar & luar bandar berjumlah 17 orang pelajar (23.0%). Akhir sekali, responden mengikut kaum pula yang mana pelajar Melayu, Cina dan lain-lain serta India yang menjawab soal selidik ini berjumlah 50 orang (67.6%), 4 orang (5.4%) serta 3 orang (4.1%) masing-masing. BAHAGIAN B (Kecenderungan memilih hiburan) Bagi bahagian ini, perbincangan akan dilakukan berdasarkan Jadual 1 dan Jadual 2. Kita akan melihat adakah pelajar PERMATApintar lebih cenderung memilih hiburan tempatan atau luar? Soalan 6: Konsert manakah yang anda pergi jika anda menghadirinya di stadium Bukit Jalil? Dua pilihan jawapan yang diberi semuanya artis bertaraf antarabangsa adalah untuk membuat perbandingan artis mana yang lebih mendapat sambutan. Responden yang menjawab soalan ini yang mengatakan mereka akan pergi ke konsert Taylor Swift berjumlah 44 orang (59.5%) atau peratus sahnya (72.1%) berbanding mereka yang akan menghadiri konsert Shila Amzah yang berjumlah 17 orang (23.0%) atau peratus sahnya (27.9%). Hal ini telah membuktikan sumber website ‘unitedmy.com’ yang mengatakan konsert Taylor Swift KL Red Tour mendapat jumlah paling ramai dan sambutan luar biasa yang diterima oleh rakyat Malaysia yang rata-rata muda berbanding konsert artis tempatan yang popular di antarabangsa, seperti Shila Amzah yang tidak sehebat Taylor Swift. Jelaslah yang pelajar PERMATApintar majoritinya sukakan hiburan luar negara berbanding negara kita kerana kandungan lirik lagu itu sendiri.
Soalan 7: Tiket filem mana anda akan beli jika anda hanya tinggal 2 tiket sahaja di panggung wayang? Dua pilihan filem yang diberi bertemakan filem seram bertujuan untuk mengetahui filem seram mana yang mereka ingin beli tiket tersebut. Jumlah responden yang ingin menonton filem ‘The Conjuring’ ialah 51 orang pelajar (68.9%) atau peratus sahnya (83.6%), iaitu jumlah yang paling ramai menonton filem ini berbanding filem ‘Jangan Pandang Belakang’ yang hanya menerima 10 orang pelajar sahaja (13.5%) atau peratus sahnya (16.4%). Hal ini kerana filem ‘The Conjuring’ adalah filem yang lebih menyeronokkan dan banyak berbentuk aksi yang menarik berbanding filem ‘Jangan Pandang Belakang’ yang banyak berbentuk konvensional dan agak sedikit bosan. Berdasarkan pemerhatian kami semua, memang benar filem negara kita kurang bermutu terutama dalam sudut penulisan skrip dan jalan ceritanya berbanding filem yang diimport dari luar yang banyak berbentuk imaginasi dan di luar jangkaan serta jalan ceritanya yang menarik. Mungkin sebab itulah ramai anak muda dan pelajar PERMATApintar khususnya lebih minat menonton filem luar negara. Soalan 8: Lagu mana anda akan muat turun dalam mp3 anda jika tinggal satu lagu sahaja boleh masuk? Dua pilihan jawapan yang diberi adalah lagu yang menjangkau seluruh dunia untuk mendengar lagu tersebut. 41 orang pelajar (55.4%) atau peratus sahnya (67.2%) sahaja yang ingin memuat turun lagu ‘John Legend – All of Me’ sedangkan lagu ‘Yuna – Rescue’ hanyalah menerima 20 orang pelajar (27.0%) atau peratus sahnya (32.8%). Fakta kebenaran yang tidak dipertikaikan ialah lagu antarabangsa atau berasal dari Barat lebih menarik perhatian ramai anak muda berbanding lagu tempatan sekarang ini yang walaupun banyak berada di pasaran luar negara juga tetapi masih kurang mendapat sambutan. Lagu merupakan alat ketenangan hidup yang sering dipasang di mana sahaja berada dan bilabila masa. Oleh itu, lagu yang lebih merdu lebih digemari. Soalan 9: Kelab alat muzik mana yang anda akan masuk? Berdasarkan jadual 2 dan carta pai, gitar merupakan alat muzik yang paling mendapat sambutan, iaitu sejumlah 41 orang pelajar (55.4%) atau peratus sahnya (67.2%), diikuti dengan alat muzik kompang, iaitu 16 orang pelajar (21.6%) atau peratus sahnya (26.2%) dan gambus yang paling sedikit, iaitu 4 orang pelajar (5.4%) atau peratus sahnya (6.6%). Gitar adalah alat muzik yang agak profesional dan mengeluarkan bunyi merdu berbanding kompang dan gambus. Selain itu, gitar juga merupakan alat muzik moden dari Barat yang kian popular di Malaysia kerana setiap kali lagu dipasang, sudah tentu ada bunyi gitar. Manakala kompang dan gambus merupakan alat muzik tradisional. Rata-rata remaja khususnya pelajar PERMATApintar meminati alat muzik moden sehingga alat-alat muzik tradisional hampir tenggelam, itupun dengan pertandingan formasi kompang peringkat sekolah menyelamatkan alat muzik tradisional daripada hanyut.
Soalan 10: Stesen radio mana menjadi pilihan anda untuk didengari? Sebenarnya stesen radio merupakan perkara normal di mana persaingan antara stesen radio untuk merebut hati pendengar sangat sengit. Begitu juga dengan soalan ini dengan dua pilihan jawapan yang diberi. Ternyata stesen radio Fly FM mendapat sambutan tinggi sedikit, iaitu 32 orang pelajar (43.2%) atau peratus sahnya (52.5%) berbanding stesen radio Sinar FM, iaitu 29 orang pelajar (39.2%) atau peratus sahnya (47.5%). Hal ini kerana stesen radio Fly FM menyajikan lagu-lagu antarabangsa dari negara Barat yang mana kebiasaanya lebih digemari oleh pelajar PERMATApintar berbanding radio tempatan seperti Sinar FM yang menyajikan lagu campuran. Ternyata stesen radio antarabangsa lebih suka didengari berbanding stesen radio tempatan. Rumusan Kesimpulannya, majoriti pelajar PERMATApintar tanpa mengira umur lebih cenderung ke arah hiburan luar negara berbanding hiburan tempatan. Hal ini kerana mereka menganggap hiburan tempatan kurang bermutu berbanding hiburan luar negara. Justeru, langkah sewajarnya perlu dilakukan oleh semua pihak terutama pelajar pintar dan berbakat ini dalam menyedarkan rakan-rakan kita yang suka mendengar hiburan luar negara agar mereka lebih banyak mendengar hiburan tempatan. Selain itu, pihak Kementerian Komunikasi & Multimedia seharusnya mengambil langkah produktif dalam meminta agar pihak pembikinan filem membuat jalan cerita yang lebih menarik dan mengikut jalan cerita luar negara tetapi dalam masa yang sama mengekalkan keunggulan budaya negara kita dalam mengembalikan masyarakat muda untuk cenderung mendengar hiburan tempatan. Bahagian C (Pengaruh hiburan terhadap jati diri pelajar) Bagi bahagian ini, perbincangan akan dilakukan berdasarkan Jadual 1 dan Jadual 2. Kita akan melihat adakah pelajar PERMATApintar terkesan dengan pengaruh hiburan luaran? Soalan 11: Baju mana satu anda akan pergi apabila anda beraya di rumah sepupu anda? Majoriti responden, iaitu sejumlah 52 orang pelajar (70.3%) atau peratus sahnya (85.2%) lebih memilih memakai baju melayu daripada baju berjalan yang menerima responden sejumlah 9 orang pelajar (12.2%) atau peratus sahnya (14.8%). Hal ini kerana baju melayu sememangnya budaya kita sebagai orang Melayu atau orang Malaysia. Walaupun kebanyakan anak-anak muda luar sukakan berjalan memakai baju berjalan tetapi pelajar PERMATApintar yang pintar dan berbakat ini berkelakuan sebaliknya.
Soalan 12: Sapaan mana anda pilih sebelum anda mulakan berbicara dengan rakan? Responden sejumlah 31 orang pelajar (41.9%) atau peratus sahnya (50.8%) lebih suka untuk mengucapkan ‘selamat pagi’ berbanding sebutan ‘Hi’ kepada rakan mereka yang mana berjumlah 30 orang pelajar (40.5%) atau peratus sahnya (49.2%). Hal ini menjelaskan pelajar mempunyai jati diri tinggi terhadap Bahasa Melayu walaupun hakikatnya hiburan luar negara lebih mereka cenderung. Hal ini bermakna mereka pelajar PERMATApintar majoritinya menggunakan bahasa sopan berbanding bahasa pelik seperti ‘Hi’. Soalan 13: Jenis pergaulan mana yang ada pilih? Sebanyak 59 orang pelajar (79.7%) atau peratus sahnya ialah (96.7%) yang menjawab pergaulan antara lelaki dengan perempuan perlulah atas batasnya. Manakala, pergaulan bebas dijawab oleh 2 orang pelajar (2.7%) atau peratus sahnya (3.3%) yang semuanya dua orang perempuan pelajar Tingkatan 4. Hal ini membuktikan pelajar PERMATApintar bergaul secara batasnya antara lelaki dengan perempuan seperti berbincang perkara penting dan sebagainya. Jika mereka sudah bercinta sekalipun, mereka akan tetap mengikuti batas dan adabnya. 2 orang yang memilih pergaulan bebas jelaslah tidak ada mempunyai maruah. Seorang pelajar Cina dan seorang pelajar India memilih untuk bergaul secara bebas. Soalan 14: Makanan pilihan anda mana anda pilih apabila bersarapan? 43 orang pelajar menjawab untuk makan roti canai (58.1%) atau peratus sahnya (70.5%) sementara jumlah pelajar yang menjawab makan burger segera ialah 18 orang pelajar (24.3%) atau peratus sahnya (29.5%). Tidak menyangka yang pelajar PERMATApintar lebih memilih makan roti canai berbanding burger. Ternyata majoriti mereka memilih makan makanan tempatan berbanding burger yang berasal dari negara Barat. Walaupun burger lebih lazat untuk dimakan dalam kalangan golongan muda tetapi pelajar PERMATApintar makan sebaliknya. Soalan 15: Bahasa berdialog mana lebih selesa mereka pilih? Majoriti pelajar yang berjumlah 38 orang pelajar (51.4%) atau peratus sahnya (62.3%) memilih untuk bercakap bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sahaja, iaitu bahasa biasa sahaja manakala pelajar yang lebih selesa bercakap bahasa rojak (campuran bahasa), iaitu sebanyak 23 orang pelajar (31.1%) atau peratus sahnya (37.7%). Hal ini bermakna majoriti daripada mereka lebih selesa bercakap biasa berbanding bahasa rojak yang jelaslah bahasa rojak mencemarkan bahasa dan jati diri mereka. Mereka tidak mencampuraduk bahasa seperti yang kerap diamalkan oleh majoriti rakyat Malaysia.
Rumusan Walaupun majoriti pelajar PERMATApintar lebih cenderung dengan hiburan luar negara berbanding hiburan tempatan, tetapi hiburan luar negara tidaklah melunturkan semangat jati diri rakyat Malaysia dalam kalangan mereka yang pintar dan berbakat. Secara arusnya, kini hiburan luar negara sememangnya memberi kesan kepada golongan muda khususnya tetapi jati diri pelajar PERMATApintar tidak terpengaruh. Hal ini membuktikan hiburan luar negara tidak mempengaruhi jati diri kebangsaan pelajar PERMATApintar. Hal ini dibuktikan berdasarkan hasil keputusan soal selidik online yang menunjukkan pelajar mengamalkan gaya tempatan dan gaya Timur, bukan gaya luar negara. Mungkin mereka mengatakan hiburan tempatan tidaklah sehebat hiburan luar negara yang menyebabkan mereka ‘lari’ daripada hiburan tempatan namun jati diri tetap tidak luntur. Bahagian D (Kesedaran pelajar terhadap hiburan tempatan) Bagi bahagian ini, perbincangan akan dilakukan berdasarkan Jadual 1 dan Jadual 2. Akhir sekali, kita akan membicarakan tahap kesedaran pelajar PERMATApintar terhadap hiburan tempatan dan pandangan mereka mengenai hiburan tempatan dan luar negara melalui setuju atau sebaliknya. Soalan 16: Adakah anda bersetuju bahawa hiburan tempatan merupakan elemen yang sangat penting dalam pengekalan kebudayaan dan identiti negara kita? Sebanyak 56 orang responden (91.8%) yang menjawab ya terhadap pertanyaan di atas manakala sedikit sahaja, iaitu 5 orang responden (8.2%) sahaja yang menjawab tidak setuju dengan pernyataan di atas. Hal ini bermakna majoriti pelajar lebih setuju bahawa hiburan tempatan adalah elemen yang sangat penting dalam pengekalan kebudayaan dan identiti negara kita. Walaupun kebanyakan daripada mereka suka akan hiburan luar negara, tetapi mereka sedar hiburan tempatan terlalu penting kerana bagi mereka, inilah simbolik budaya negara kita yang perlu dipelihara demi generasi akan datang. Soalan 17: Adakah anda merasakan bahawa hiburan tempatan tidak setanding dengan hiburan luar negara? Daripada jumlah 61 orang responden yang telah jawab soal selidik ini, 36 orang responden (59.0%) yang mengiyakan pernyataan di atas. Manakala, jumlah responden yang menidakkan soalan di atas sebanyak 25 orang responden (41%). Di sini, ramai yang bersetuju bahawa hiburan tempatan tidaklah sebanding hiburan luar negara. Maka, apakah jawapan anda semua terutama kepada pihak yang membuat lirik lagu, mencipta skrip filem dan drama yang semuanya merupakan industri tempatan? Malah, ramai di luar sana juga berfikiran sebegitu. Jawapan ‘ya’ inilah menjadi faktor utama kepada pelajar ‘lari’ untuk mendengar hiburan luar negara sedangkan mereka semua sedar akan kepentingan hiburan tempatan secara jujur dalam hati pelajar PERMATApintar. Di sinilah pihak industri
tempatan perlu memikirkan cara untuk menarik perhatian ramai rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk mendengar hiburan tempatan. Soalan 18: Adakah langkah-langkah yang efektif perlu diambil demi mempertahankan hiburan tempatan? Seramai 59 orang responden (96.7%) mengatakan ‘ya’ untuk pernyataan ini manakala 2 orang responden sahaja (3.3%) yang menjawab ‘tidak’ bagi pernyataan atau soalan tersebut. Kita sekarang boleh melihat terlalu ramai pelajar pintar dan berbakat ini ingin bersama dengan pihak kerajaan untuk mempertahankan hiburan tempatan. Bukti yang mengatakan mereka bersetuju boleh dilihat pada bahagian temu bual di mana pelajar-pelajar yang menjawab soal selidik ini memberikan pandangan mereka mengenai cara menarik perhatian orang lain untuk kembali ke hiburan tempatan & perasaan mereka terhadap hiburan tempatan. Justeru, langkah efektif perlu diambil dalam mempertahankan hiburan tempatan sebagai hiburan terbaik rakyat Malaysia dan tidaklah tenggelam di arus globalisasi. TEMU BUAL Berdasarkan dapatan daripada temu bual kami bersama pelajar-pelajar PERMATApintar Negara yang terdiri daripada pelajar ASASIpintar dan Program Pendidikan PERMATApintar, purata mereka bersetuju dengan kenyataan hiburan luar negara lebih diminati ramai. Banyak faktor yang telah menjadi penyebab kepada perkara ini. Mereka berpendapat hiburan tempatan kurang menarik dan ketinggalan zaman. Mereka merasakan hiburan-hiburan luar negara seperti muzik, filem dan tarian mereka lebih maju dan menghiburkan. Majoriti daripada pelajar tersebut juga telah banyak dipengaruhi dengan budaya-budaya barat berdasarkan daripada pemerhatian kami sewaktu temu bual tersebut dijalankan. Lebih daripada 70% sampel yang kami kaji berpakaian ala kebaratan dan berfesyen. Hal ini membuktikan kebanyakan daripada pelajar PERMATApintar sudah mula hilang jati diri kebangsaan mereka. Walau bagaimanapun, terdapat juga pelajar yang sedar akan perkara ini dan mencadangkan agar beberapa usaha dijalankan bagi membendung perkara ini daripada terus berleluasa. Mereka mencadangkan agar kerajaan memberi peluang kepada syarikat-syarikat tempatan untuk menjana industri kreatif dengan memberikan dana kepada mereka. Satu insentif tambahan juga perlu dikerjakan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) supaya menghasilkan filem-filem tempatan yang lebih menarik dan mengandungi unsur-unsur dan budaya-budaya tempatan yang baik. Kesimpulannya, majoriti pelajar PERMATApintar tanpa mengira umur lebih cenderung ke arah hiburan luar negara berbanding hiburan tempatan. Hal ini kerana mereka menganggap hiburan tempatan kurang bermutu berbanding hiburan luar negara. Justeru, langkah sewajarnya perlu dilakukan oleh semua pihak terutama pelajar pintar dan berbakat ini dalam
menyedarkan rakan-rakan kita yang suka mendengar hiburan luar negara agar mereka lebih banyak mendengar hiburan tempatan. Selain itu, pihak Kementerian Komunikasi & Multimedia seharusnya mengambil langkah produktif dalam meminta agar pihak pembikinan filem membuat jalan cerita yang lebih menarik dan mengikut jalan cerita luar negara tetapi dalam masa yang sama mengekalkan keunggulan budaya negara kita dalam mengembalikan masyarakat muda untuk cenderung mendengar hiburan tempatan. KESIMPULAN Kesimpulannya, majoriti pelajar PERMATApintar lebih menyukai hiburan luar negara daripada hiburan tempatan di Malaysia. Mereka ‘lari’ daripada kebudayaan negara kita bukan kerana tiada semangat cintakan negara, tetapi atas faktor ‘jalan cerita’ dan lirik lagu yang tidak berapa menarik perhatian pelajar yang rata-rata golongan muda. Walau bagaimanapun, majoriti daripada mereka masih mempunyai jati diri kebangsaan yang unggul dan tidak terkesan daripada hiburan luar negara. Hal ini merupakan realiti biasa dalam kalangan rakyat Malaysia. Justeru, majoriti daripada mereka ingin bersama dengan pihak sepatutnya dalam mempertahankan hiburan tempatan yang kini bukan sehebat sambutannya. Semua pelajar (responden) yang merupakan wakil pelajar PERMATApintar untuk temu bual memberikan langkah pertahankan dan langkah pembikinan ‘jalan cerita’ filem dan lagu supaya ia setaraf dengan filem dan lagu P Ramlee yang tidak jemu-jemu orang mendengarnya. Insya-Allah, dengan langkah sewajarnya golongan muda terutama pelajar pintar dan berbakat ini ‘kembali’ untuk menyukai hiburan tempatan dan dalam masa yang sama mendengar juga hiburan luar negara. RUJUKAN 2014. Konsert Taylor Swift. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0206&pub=Utusan_Mal aysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm. Utusan Malaysia Online. Malaysia Yearly Box Office. http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia_Yearly_Box_Office. Wikipedia. Mohd Al Qayum Aziz 2013. Tiket Laris Jadi Bukti Konsert Mahal Anuar Zain Dapat Sambutan http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2013/02/05/tiket-laris-jadi-buktikonsert-mahal-anuar-zain-dapat-sambutan/. Malaysia Star Online. Ridhatul Rizki Sayuti 2002. Imran Ajmain Tak Risau Album Tak Dapat Sambutan. http://www.gua.com.my/beritaartis/Imran_Ajmain_Tak_Risau_Album_Tak_Dapat_Sambutan.html. Gua.com.
United.my. 2014. Taylor Swift Red Tour KL 2014 Tickets. http://www.unitedmy.com/2014/03/taylor-swift-red-tour-kl-2014-tickets.html. United.my.
LAMPIRAN 1: SOALAN SOAL SELIDIK ONLINE ‘eSurv’ Bahagian A: Demografi 1. 2. 3. 4. 5.
Nama Umur: 16/17/18 Jantina: Lelaki & Perempuan Kawasan tempat tinggal anda: Bandar, Sub-bandar, Luar Bandar Bangsa: Melayu, Cina, India, Lain-lain
Bahagian B: Kecenderungan pelajar dalam memilih hiburan mereka Arahan: Tandakan satu pilihan daripada 2 pilihan sahaja. 1. Jika anda diberi pilihan untuk menghadirkan diri ke konsert di Bukit Jalil, konsert manakah yang anda akan datang untuk memberi sambutan? (Taylor Swift / Shila Amzah) 2. Anda merancang untuk menonton filem bergenre seram pada minggu hadapan. Terdapat dua filem seram yang ditayangkan pada minggu itu. Filem manakah yang bakal anda tonton? (Conjuring / Jangan Pandang Belakang) 3. Mp3 anda sudah hampir penuh, hanya ada satu sahaja lagi ruang yang boleh anda masukkan lagu kedalamnya. Lagu manakah yang anda akan pilih? (John Legend - All of Me / Yuna- Rescue). 4. Anda ingin menyertai kelab alat muzik sebagai aktiviti kokurikulum. Kelab alat muzik moden atau tradisional yang bakal anda pilih? (Gitar / kompang / gambus) 5. Jika anda diberi dua pilihan stesen radio, stesen radio manakah yang menjadi pilihan hati anda? (Fly FM / Sinar FM) Bahagian C: Bukti hiburan luar negara mempengaruhi jati diri pelajar Arahan: Pemilihan melalui foto. 1. Baju mana satu anda akan pergi apabila anda beraya di rumah sepupu anda? (Baju Melayu/Baju berjalan) 2. Sapaan mana anda pilih sebelum anda mulakan berbicara dengan rakan? (Selamat pagi/ Hi) 3. Jenis pergaulan mana yang ada pilih? (biasa/bebas) 4. Makanan pilihan anda mana anda pilih apabila bersarapan? (roti canai/burger) 5. Bahasa berdialog mana lebih selesa mereka pilih? (bahasa biasa/bahasa rojak)
Bahagian D: Kesedaran dalam mengekalkan hiburan tempatan Arahan: Pilihan Ya/Tidak 1. Adakah anda bersetuju bahawa hiburan tempatan merupakan elemen yang sangat penting dalam pengekalan kebudayaan dan identiti negara kita? 2. Adakah anda merasakan bahawa hiburan tempatan tidak setanding dengan hiburan luar negara? 3. Adakah langkah-langkah yang efektif perlu diambil demi mempertahankan hiburan tempatan?
LAMPIRAN 2: SOALAN TEMU BUAL a. Pada pendapat anda, adakah jati diri kebangsaan seseoarang individu dipengaruhi oleh aspek hiburan sama ada hiburan tempatan atau hiburan luar negara? Jika bukan, apakah faktor yang akan menpengaruhi jati diri kebangsaan seseorang individu (pelajar)? b. Antara hiburan tempatan dan hiburan luar negara, yang mana satu anda lebih suka? c. Apakah sebab anda berminat terhadap hiburan luar negara/ tempatan tetapi bukan hiburan tempatan/ luar negara? d. Bagaimanakah hiburan luar negara / tempatan mempengaruhi jati diri kebangsaan seseorang individu (pelajar)? e. Apakah cara yang boleh anda cadangkan untuk meningkatkan jati diri kebangsaan seseorang individu terutamanya pelajar dari segi hiburan? f. Apakah harapan anda terhadap jati diri kebangsaan seseorang individu dan hiburan tempatan? g. Adakah anda sudi menyokong hiburan tempatan? Mengapakah anda sudi membuat begitu? h. Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda boleh meningkatkan jati diri kebangsaan dalam jiwa hati anda dari segi hiburan?
Deskripsi

Lihat lebih banyak...
Komentar